khusyuk dalam solat

at 11:09 AM
assalamualaikum..

1 benda yang kita susah nak dapat ialah kekhusyukkan dalam solat..
susahnya nk khusyuk..
baru je angkat takbir,
macam2 lintasan syaitan yang datang kan...
betapa nikmatnya kalau kita dapat habiskan solat kita dengan penuh rasa khusyuk..
fina banyak kali mencuba,
tp banyak 2 jugak la tertewas dengan godaan syaitan..
tapi kat sini la perlunya USAHA..

indahnya rasa kalau hati khusyuk mengerjakan solat 5 waktu..:)
fina harap fina dapat rasa keindahan 2..amin..

cara untuk mendapatkn solat yang sempurna [from artikel iluvislam]

Hadir hatinya
Sesiapa yang solat dengan masih mempunyai fikiran yang tidak fokus maka mereka adalah penyembah yang lalai.
Bersaksi akalnya
Sesiapa yang solat dengan akalnya tidak memerhatikan setiap gerak-geri dalam solat tersebut maka mereka adalah penyembah yang pelupa.

Khudu' خضوع (menerima) kepada rukun-rukunnya

Sesiapa yang solat tanpa khudu', atau mengamati dan fokus pada setiap rukun-rukun dan bacaan dalam solatnya, maka orang itu adalah penyembah yang kering..
Kusyu' خشوع (menghormati) segala anggotanya
Sesiapa yang solat tanpa khusyu' anggotanya; iaitu setiap dari anggotanya bersolat seiring dengan hati dan fikiran yang redha kepada Allah, maka orang itu adalah penyembah yang salah.

renungkanlah..
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud, maka akan berjatuhanlah dosa-dosanya itu" [H.R.Attabrani]

0 Critics:

 

Unsecret Diary coding modified by lurvefie | unsecret diary