Kau sirami muhasabah,
Disaat tandus amalku,
Kau suburkan qudwah,
Disaat gugur semangatku
Kau bajai quwwah.
Tika airmataku berguguran,
Kau turut kepiluan,
Tika senyumku tak lekang,
Ku ceria berpanjangan,
Tika kesedihan bertamu,
Kau hiburkan semampumu,
Tika lemah menyapa,
Kau ingatkan janji-Nya,
Tika kejayaanku tercipta,
Kau doakan redhaNYa bersama....
Duhai eman sejatiku..
Masihkah kau semadikan di minda?
Bahawa ukhwah yang terjalin antara kita..
Adalah cinta tulus bersulam taqwa..
Rangkaian jiwa sesama insan manusia..
Menjadi lambang keagungan cinta..
Terhadap Khaliq Maha Pencipta...
Berjanjilah teman
Ukhwah kita terbina
Kerana cinta padaNYA
Takkan terhalang oleh tembok minda manusia
Takkan hilang dek api yang menjulang
Takkan sirna dek kabus yang kelam
Takkan musnah dek hati yang hitam....
Ukhwah kita terbina
Kerana cinta padaNYA
Takkan terhalang oleh tembok minda manusia
Takkan hilang dek api yang menjulang
Takkan sirna dek kabus yang kelam
Takkan musnah dek hati yang hitam....


0 Critics:
Post a Comment