Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya bermaksud: “Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga. ”
Puasa peringkat pertama
puasa orang awam yang sekadar menahan diri daripada makan, minum dan tidak melakukan persetubuhan ketika siang. Namun pancaindera lain seperti mata, telinga, tangan, kaki, mulut, pemikiran dan lebih penting hati tidak dipelihara malah berlipat ganda melakukan perkara negatif yang mengurangkan pahala.
Puasa peringkat kedua
puasa ahlul khusus iaitu mereka menahan diri daripada makan, minum dan tidak mengikuti kemahuan syahwat serta menjaga anggota zahir lain daripada perbuatan yang keji. Namun mereka lalai mengingati Allah. Jasad saja yang berpuasa tetapi unsur terpenting iaitu hati mereka abaikan sehingga terus alpa terhadap Allah.
Puasa peringkat ketiga
puasa ahli khusus/ahlul ma’rifah iaitu mereka meninggalkan semua perkara di atas di samping menjaga hati supaya tidak lalai mengingati Allah. Segala amalan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Inilah martabat ibadah puasa nabi dan sidikin dan mendapat ganjaran besar di sisi
agak2 kite d peringkat mana?semoga kite berada di peringkat terakhir..insya-allah..:')


0 Critics:
Post a Comment