Boleh buat maksiat, dengan syarat....

at 11:42 AM
Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu sufi yang hebat,iaitu Ibrahim Adham
Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham: " Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:"

1) Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah

2)Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya

3)Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak akan nampak kamu

4)Sekiranya malaikat maut datang mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat.sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat

5)Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. sekiranya engkau dapat berbuat demikian,silakan untuk melakukan maksiat.



Setelah mendengar kata2 tersebut, lelaki itu menangis teresak2 kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seseorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya.
Akhirnya lelaki itu menemui jalan hidayah.Dia bertaubat kepada Allah s.w.t dengan bersungguh2. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hama Allah yang soleh.

0 Critics:

 

Unsecret Diary coding modified by lurvefie | unsecret diary